Pages

Monday 7 May 2012

Perpisahan


Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum

Perpisahan -perkataan yang kebanyakannya akan membuatkan kita berasa sedih. Aku memang sedih…sangat merindui Geng Gebu. Aku sangat berharap perpisahan sementara ini menyenangkan hati semua pihak.
Gemot, Girl, dan Ogie telah kubawa pulang ke kampung halaman untuk dijaga oleh Abah. Harap bila di kampung;
  • *        Mereka makin sihat
  • *        Cukup ruang untuk bermain, kurang stress
  • *        Tolong abah halau makcik-pakcik tikus yang makin bermaharajalela dalam rumah
  • *        Meneman umi dan abah

 Sayu bila kutenung wajah-wajah mereka. (gambar sebelum kereta bergerak pulang ke kampung)

Hari pertama sampai rumah abah, diorang tak melarikan diri @ menyorok, tapi semua duduk rapat-rapat di atas riba aku.. masa tu, air mata ni macam dah tak mampu ditahan lagi.. tak mahu makan, poo-pee pon tidak… kalau aku kuar rumah, mereka ramai-ramai duduk bawah sofa.

Hari kedua, mereka mula explore rumah abah. Dan mula makan. Tapi tak boleh berenggang 3 beradik tu. Sekor tak ade/lambat join, lagi 2 tu akan meraung2 memanggil. Punya rapat diorang.

Hari ketiga, sudah pandai poo-pee kat pasir tepi rumah. Cuma Ogie aje nk poo-pee tepi almari periuk umi (aku sgt risau, puas ku ajar, sampai hari ni dia ulang benda yg sama)

Hari keempat, sudah pandai tangkap mcm2…lalat, belalang, kupu-kupu, semut besar...dah mula makan rumput2…sonok tengok mereka happy







Tapi,
Hari aku mahu bertolak datang ke rumah sewa semula, mereka semua macam mogok. Tido ramai-ramai dalam tray sangkar, tak berganjak walau puas aku memujuk. Waktu inilah hatiku bertambah hiba.. muka OGie yang sangat sedih, Girl yang tak nak bergerak seolah-olah baru tadi kulihat.


Tidur sama-sama...
Gemot jaga adik & kakak ye..

Puas ajak OGie duk dekat dengan saya, tapi dia x mahu....

Girl duduk semula dalam tray..




Lepas kupeluk cium mereka, aku bergerak ke arah kereta. Gemot mengikut aku dari belakang secara senyap. Masa aku nak masuk, baru aku perasan dia di bawah kereta. Aku sangat terkejut! Cepat-cepat aku tarik dia keluar dan letak semula di depan rumah. Tapi dia datang semua. Ya allah…maaflah, sy tak dapat sambung lagi…salam.

Denggi


Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum


Tragis sungguh tajuknya. Ya, memang benar saya mendapat demam denggi seminggu (awal bulan April). Rasa berdosa disaat ini bila mengingatkan kembali betapa saya begitu merungut tentang ujian Allah yang sangat sedikit ini.

Demam ini, bagi saya agak pelik. Siangnya saya mengalami demam biasa dan pening melampau, malamnya pula demam yang melampau disusuli dengan sakit sendi yang teramat! Masuk hari yang ke-4, seluruh badan seolah-olah membengkak dan berbintik merah. Waktu itu, setiap kali saya memandang lengan saya, air mata pasti bercucuran. Sedih dan takut yang amat. Lagi-lagi saya belum pernah terkena demam campak atau cacar, jadi bagi saya bintik-bintik merah ini seolah-olah satu fobia buat saya.

Memang sejak kecil lagi saya akan ‘merapu’ bila mengalami demam panas yang melampau. Begitu juga untuk kali ini. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana mempunyai suami yang sangat penyabar dalam hal ini. Dia melayan karenah demam saya, menjaga dan menemani saya, serta mengingatkan saya kepada Allah sentiasa. Moga Allah membalas segala kebaikan buatnya.

Sebenarnya, kawasan kejiranan saya ini memang kerap mendapat demam denggi. Boleh dikatakan selang 3 bulan, pasti ada petugas-petugas dari majlis perbandaran dating membuat semburan. Seingat saya, setelah setahun saya menyewa disini, sudah 3 @ 4 kali mereka datang membuat semburan nyamuk. Jiran tingkat 3 blok sebelah juga telah mendapat demam denggi pada awal tahun ini, dan tingkat bawah pada blok yang sama juga terkena musibah yang sama, malangnya meninggal dunia.


Selepas seminggu saya keluar wad~~


Saya sangat berharap agar kejadian ini tak berulang-lagi. Kesan sampingan terasa hingga ke hari ini.

Saturday 5 May 2012

Hikayat 18XXY (Ceritera 2)


Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum

Setelah selesai bosan memandang tasik sorang diri, Mommy berhajat mahu makan tengahari bersama Daddy. Jadi, Mommy pon bergerak ke Bandar Utama bertemu buah hatinye itu..(Gemot kompem jeles).
Mommy & Daddy datang mengambil anak-anak bulus pada pukul 5 lebih. Geng Gebu ditaja sepenuhnya oleh STRACH, manakala kakak Siti Puteh dan abang Sakbu diberi subsidi 50%. Juga, kak Seri telah meminjamkan Mommy 2 sangkar dan 2 carrier selama seminggu. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SEMUA!!!

Beginilah wajah toye+mabuk+high+pening-pening kucing mereka.






Gemotlah yang paling ketara. Sampai langsung tak boleh angkat muka..
Bila malam menjelma, bermulalah insiden yang tak dijangka. Girl secara tiba-tiba menjadi ahli akrobatik dengan memusing-menterbalikkan badannya. Meraung-raung agar dibukakan pintu carrier. Oleh kerana hati Mommy yang memang cepat kesian, maka Mommy segera membuka pintu carrier walau ditegah oleh Daddy yang mahukan Mommy ikut nasihat Kak Seri.

Setelah Girl keluar, dia mula muntah-muntah dimerata tempat. Mommy sangat panik. Maka bersegeralah Mommy tepon Ery Memet. Alhamdulillah, walau penerangan xberjela-jela, tapi kata-kata semangat beliau membuatkan Mommy kuat. Masih terngia-ngia ditelinga Mommy akan nasihat beliau, “kita tak berada, kita buat aje setakat yang kita mampu..jangan risau, semua akan selamat’’, bila Mommy menanyakan tentang ikan haruan (yang memang susah nak dapat kat bandar nih, pulak tu mahal). Anak-anak bulus yang lain Alhamdulillah dalam keadaan terkawal.






Setelah 2 hari memberikan hari memberikan sup ayam (dan makanan kering), akhirnya 2 jantan gagah perkasa itu sembuh sepenuhnye. 



Manakala yang si ayu pulak, 4 hari selepas itu. Pada awalnya, muncul benjolan diperut Siti, Girl dan OGie tapi setelah 2 minggu, akhirnya benjolan itu hilang. Alhamdulillah.





Kakak yang paling diam dan banyak rehat


Sekarang, mereka makin sihat. Tiada lagi kedengaran raungan kakak & abang yang terseksa batin. Semua makin baik, lalu makan, dan makin nakal…. Hati Mommy senang~
~~


Bawah ni gambar-gambar mereka selama seminggu, dari tarikh pembedahan.











Hikayat 18XXY (Ceritera 1)


Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum

Sebulan setengah yang lepas, genaplah umur Geng Gebu 6 bulan. Maka teramatlah suka hati di hati Mommy mereka ini apabila mengetahui akan hal ini.

Maka, setelah seminggu bermuzakarah bersama STRACH, maka Mommy pon bersegeralah mempuasakan mereka-mereka ini termasuklah kakak dan abang mereka yang terlebih miang itu.

Sepagi-paginya lagi dihari kejadian pendewasaan, maka Mommy pon pergi memeriksa anak-anak bulus akan kondisi mereka. Alhamdulillah, walau berjam-jam kelaparan ada diantara perut-perut mereka masih maintain, termasuk makhluk ini.

Bergaya sungguh tido, siap berbantal2 lagi.

Adapon, ada juga yang cuba mengelat daripada didewasakan kerana dia merasakan yang dia sentiasa si bongsu yang terhabis manja..

Berharap Mommy nye x perasan akan kewujudannya

Berpelukan di pagi yang dingin.

Walau bagaimanapon, Mommy mengkeras-batukan hati ini dengan mempercepatkan kemasukan mereka semua ke dalam kandang. Setelah berjaya memasukkan mereka-mereka semua, Mommy membuka kerusi belakang bagi membolehkan si penakut menyembunyikan diri mereka di dalam bonet. Maka, bermulalah perjalanan Mommy ke destinasi yang dituju.



Berkat doa-doa anak-anak bulus untuk melambat-lambatkan proses pendewasaan, akhirnya Mommy mereka telah pon tersesat ke Taman Tasik Titiwangsa (padahal Mommy yang terlebih yakin masuk simpang tuh!)

Penunjuk arah yang menyesatkan Mommy dia...

Seperti kebiasaan, si penyeluk beg mengharu-biru keadaan yang sedia gawat.

Yang jakun kereta lebih rela lepak dalam bonet.

Setelah dibantu Kak Seri (siap datang, jemput & ikut) untuk dikeluarkan dari kesesatan itu, akhirnya Mommy berjaya datang dengan lambatnye ke tempat yang dituju, PUSAT KEMBIRI DBKL. Proses pendaftaran pon bermula. Kelihatan kaum sejenis mereka yang dihantar oleh Cikgu telah pon diberikan nombor. Setelah selesai mendaftarkan mereka, Mommy telah disarankan untuk meninggalkan mereka buat seketika dan datang kembali pada waktu petang pada hari kejadian itu. Walaupon hati Mommy berat untuk melangkah, tapi bila mengenangkan kembali Tasik Titiwangsa tuh, cepat-cepat Mommy masuk ke dalam kereta…Cheet~~

Bersambung………….

Minta maaf banyak-banyak yeeeeeeeeeee~~

Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum.


Saya mohon maaf kepada kawan-kawan yang menunggu saya mengemaskini blog ni (kalau ade yang tunggu...perasan aje kite ni..hehe) setelah saya berjanji untuk mengemaskinikannya secepat mungkin..


SIBUK..


Tu perkataan yang paling jujur saya boleh bagi. Selepas mengupdate baru-baru ini, saya telah mendapat tempahan katering untuk 355 orang, dengan kakitangan hanyalah 4 orang kesemuanya. Memang memusingkan selurung anggota badan, termasuklah organ-organ badan sekali... Tapi syukur Alhamdulillah, walaupun ini pengalaman pertama saya, saya mampu tersenyum puas. Ok, stop citer tu.. so, sila baca entry seterusnye untuk citer lain pula... 


Salam~~

Sunday 22 April 2012

Setelah sekian lama

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum.

Setelah sekian lama saya menyepi diri...hanya menjadi reader untuk blog kawan-kawan yang lain.
Bukan sengaja mahu menjauhkan diri, tapi kerja-kerja yang mesti didahulukan terlalu banyak..cubaan tuhan tak putus-putus..perpisahan yang tak dirancang.

Walau banyak halangan yang saya perlu tempuh, saya yakin Allah mahu yang terbaik untuk saya..menganugerahkan insan-insan yang baik hati disekeliling saya.

Harap-harap lepas entry ni, saya makin rajin menaip..sebab TEEEEEEEEEEEEERLALU BANYAK CERITA yang ingin saya kongsikan bersama. Harap kawan-kawan sudi membaca.

Sekian, terima kasih~~~

Thursday 29 March 2012

Buat-buat tak kenal

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum.

Ni entry asalnye bulan lepas lagi...so paham-paham lah ye...

Kejadian ini berlaku sebelom mereka-mereka didewasakan...








Sebenarnya, akhir bulan lepas dah ajar Sakbu & Siti Puteh belajar kenal-kenal kawasan rumah ni...
Latih diorang kuar dan balik sendiri ke rumah bila dipanggil. Alhamdulillah, berjaya.
Lagi 3 ekor tu xmampu lagi nak ajar..bukan pasal tak kenal rumah, tapi bila ramai-ramai sangat keluar,
maka dengan bongkaknye mereka susah nak balik rumah.. Si Gemot lak hampir-hampir dicuri orang,
al-maklumlah, mamat jambu ni agak ketara kegebuannya, maka ramailah yang cube nak jadi tuan baru.