Pages

Monday 7 May 2012

Perpisahan


Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum

Perpisahan -perkataan yang kebanyakannya akan membuatkan kita berasa sedih. Aku memang sedih…sangat merindui Geng Gebu. Aku sangat berharap perpisahan sementara ini menyenangkan hati semua pihak.
Gemot, Girl, dan Ogie telah kubawa pulang ke kampung halaman untuk dijaga oleh Abah. Harap bila di kampung;
  • *        Mereka makin sihat
  • *        Cukup ruang untuk bermain, kurang stress
  • *        Tolong abah halau makcik-pakcik tikus yang makin bermaharajalela dalam rumah
  • *        Meneman umi dan abah

 Sayu bila kutenung wajah-wajah mereka. (gambar sebelum kereta bergerak pulang ke kampung)

Hari pertama sampai rumah abah, diorang tak melarikan diri @ menyorok, tapi semua duduk rapat-rapat di atas riba aku.. masa tu, air mata ni macam dah tak mampu ditahan lagi.. tak mahu makan, poo-pee pon tidak… kalau aku kuar rumah, mereka ramai-ramai duduk bawah sofa.

Hari kedua, mereka mula explore rumah abah. Dan mula makan. Tapi tak boleh berenggang 3 beradik tu. Sekor tak ade/lambat join, lagi 2 tu akan meraung2 memanggil. Punya rapat diorang.

Hari ketiga, sudah pandai poo-pee kat pasir tepi rumah. Cuma Ogie aje nk poo-pee tepi almari periuk umi (aku sgt risau, puas ku ajar, sampai hari ni dia ulang benda yg sama)

Hari keempat, sudah pandai tangkap mcm2…lalat, belalang, kupu-kupu, semut besar...dah mula makan rumput2…sonok tengok mereka happy







Tapi,
Hari aku mahu bertolak datang ke rumah sewa semula, mereka semua macam mogok. Tido ramai-ramai dalam tray sangkar, tak berganjak walau puas aku memujuk. Waktu inilah hatiku bertambah hiba.. muka OGie yang sangat sedih, Girl yang tak nak bergerak seolah-olah baru tadi kulihat.


Tidur sama-sama...
Gemot jaga adik & kakak ye..

Puas ajak OGie duk dekat dengan saya, tapi dia x mahu....

Girl duduk semula dalam tray..




Lepas kupeluk cium mereka, aku bergerak ke arah kereta. Gemot mengikut aku dari belakang secara senyap. Masa aku nak masuk, baru aku perasan dia di bawah kereta. Aku sangat terkejut! Cepat-cepat aku tarik dia keluar dan letak semula di depan rumah. Tapi dia datang semua. Ya allah…maaflah, sy tak dapat sambung lagi…salam.

2 comments:

  1. ohh hantar mereka kat kampung yer...

    mmg sedih terpaksa berpisah tp insya'Allah lama-lama akan hilang rasa takut bebudak tu biasalah dtg tempat baru kan

    lgpon bebudak ni semua dah sunat kan..insya'Allah tak pergi jauh dorang nih, doakan yg baik-baik saje yer :)

    ReplyDelete