Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum
Perpisahan -perkataan yang kebanyakannya akan membuatkan
kita berasa sedih. Aku memang sedih…sangat merindui Geng Gebu. Aku sangat
berharap perpisahan sementara ini menyenangkan hati semua pihak.
Gemot, Girl, dan Ogie telah kubawa pulang ke kampung halaman
untuk dijaga oleh Abah. Harap bila di kampung;
- * Mereka makin sihat
- * Cukup ruang untuk bermain, kurang stress
- * Tolong abah halau makcik-pakcik tikus yang makin bermaharajalela dalam rumah
- * Meneman umi dan abah
Hari pertama sampai rumah abah, diorang tak melarikan diri @
menyorok, tapi semua duduk rapat-rapat di atas riba aku.. masa tu, air mata ni
macam dah tak mampu ditahan lagi.. tak mahu makan, poo-pee pon tidak… kalau aku
kuar rumah, mereka ramai-ramai duduk bawah sofa.
Hari kedua, mereka mula explore rumah abah. Dan mula makan.
Tapi tak boleh berenggang 3 beradik tu. Sekor tak ade/lambat join, lagi 2 tu
akan meraung2 memanggil. Punya rapat diorang.
Hari ketiga, sudah pandai poo-pee kat pasir tepi rumah. Cuma
Ogie aje nk poo-pee tepi almari periuk umi (aku sgt risau, puas ku ajar, sampai
hari ni dia ulang benda yg sama)
Hari keempat, sudah pandai tangkap mcm2…lalat, belalang,
kupu-kupu, semut besar...dah mula makan rumput2…sonok tengok mereka happy
Tapi,
Hari aku mahu bertolak datang ke rumah sewa semula, mereka
semua macam mogok. Tido ramai-ramai dalam tray sangkar, tak berganjak walau
puas aku memujuk. Waktu inilah hatiku bertambah hiba.. muka OGie yang sangat
sedih, Girl yang tak nak bergerak seolah-olah baru tadi kulihat.
Tidur sama-sama...
Gemot jaga adik & kakak ye..
Puas ajak OGie duk dekat dengan saya, tapi dia x mahu....
Girl duduk semula dalam tray..
Lepas kupeluk cium mereka, aku bergerak ke arah kereta. Gemot mengikut aku dari belakang secara senyap. Masa aku nak masuk, baru aku perasan dia di bawah kereta. Aku sangat terkejut! Cepat-cepat aku tarik dia keluar dan letak semula di depan rumah. Tapi dia datang semua. Ya allah…maaflah, sy tak dapat sambung lagi…salam.
ohh hantar mereka kat kampung yer...
ReplyDeletemmg sedih terpaksa berpisah tp insya'Allah lama-lama akan hilang rasa takut bebudak tu biasalah dtg tempat baru kan
lgpon bebudak ni semua dah sunat kan..insya'Allah tak pergi jauh dorang nih, doakan yg baik-baik saje yer :)
comelnya meow2 nie...hehe
ReplyDelete