Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum
Tragis sungguh tajuknya. Ya, memang benar saya mendapat
demam denggi seminggu (awal bulan April). Rasa berdosa disaat ini bila
mengingatkan kembali betapa saya begitu merungut tentang ujian Allah yang
sangat sedikit ini.
Demam ini, bagi saya agak pelik. Siangnya saya mengalami
demam biasa dan pening melampau, malamnya pula demam yang melampau disusuli dengan
sakit sendi yang teramat! Masuk hari yang ke-4, seluruh badan seolah-olah
membengkak dan berbintik merah. Waktu itu, setiap kali saya memandang lengan
saya, air mata pasti bercucuran. Sedih dan takut yang amat. Lagi-lagi saya
belum pernah terkena demam campak atau cacar, jadi bagi saya bintik-bintik
merah ini seolah-olah satu fobia buat saya.
Memang sejak kecil lagi saya akan ‘merapu’ bila mengalami
demam panas yang melampau. Begitu juga untuk kali ini. Saya sangat bersyukur
kepada Allah kerana mempunyai suami yang sangat penyabar dalam hal ini. Dia
melayan karenah demam saya, menjaga dan menemani saya, serta mengingatkan saya
kepada Allah sentiasa. Moga Allah membalas segala kebaikan buatnya.
Sebenarnya, kawasan kejiranan saya ini memang kerap mendapat
demam denggi. Boleh dikatakan selang 3 bulan, pasti ada petugas-petugas dari
majlis perbandaran dating membuat semburan. Seingat saya, setelah setahun saya
menyewa disini, sudah 3 @ 4 kali mereka datang membuat semburan nyamuk. Jiran
tingkat 3 blok sebelah juga telah mendapat demam denggi pada awal tahun ini,
dan tingkat bawah pada blok yang sama juga terkena musibah yang sama, malangnya
meninggal dunia.
Selepas seminggu saya keluar wad~~
Saya sangat berharap agar kejadian ini tak berulang-lagi. Kesan sampingan terasa hingga ke hari ini.
sy pon penah kena denggi nih, seminggu dok hospital sehari 2 kali amik darah mmg hancur lah tangan
ReplyDeletetake care okeh!