Pages

Saturday 5 May 2012

Hikayat 18XXY (Ceritera 1)


Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum

Sebulan setengah yang lepas, genaplah umur Geng Gebu 6 bulan. Maka teramatlah suka hati di hati Mommy mereka ini apabila mengetahui akan hal ini.

Maka, setelah seminggu bermuzakarah bersama STRACH, maka Mommy pon bersegeralah mempuasakan mereka-mereka ini termasuklah kakak dan abang mereka yang terlebih miang itu.

Sepagi-paginya lagi dihari kejadian pendewasaan, maka Mommy pon pergi memeriksa anak-anak bulus akan kondisi mereka. Alhamdulillah, walau berjam-jam kelaparan ada diantara perut-perut mereka masih maintain, termasuk makhluk ini.

Bergaya sungguh tido, siap berbantal2 lagi.

Adapon, ada juga yang cuba mengelat daripada didewasakan kerana dia merasakan yang dia sentiasa si bongsu yang terhabis manja..

Berharap Mommy nye x perasan akan kewujudannya

Berpelukan di pagi yang dingin.

Walau bagaimanapon, Mommy mengkeras-batukan hati ini dengan mempercepatkan kemasukan mereka semua ke dalam kandang. Setelah berjaya memasukkan mereka-mereka semua, Mommy membuka kerusi belakang bagi membolehkan si penakut menyembunyikan diri mereka di dalam bonet. Maka, bermulalah perjalanan Mommy ke destinasi yang dituju.



Berkat doa-doa anak-anak bulus untuk melambat-lambatkan proses pendewasaan, akhirnya Mommy mereka telah pon tersesat ke Taman Tasik Titiwangsa (padahal Mommy yang terlebih yakin masuk simpang tuh!)

Penunjuk arah yang menyesatkan Mommy dia...

Seperti kebiasaan, si penyeluk beg mengharu-biru keadaan yang sedia gawat.

Yang jakun kereta lebih rela lepak dalam bonet.

Setelah dibantu Kak Seri (siap datang, jemput & ikut) untuk dikeluarkan dari kesesatan itu, akhirnya Mommy berjaya datang dengan lambatnye ke tempat yang dituju, PUSAT KEMBIRI DBKL. Proses pendaftaran pon bermula. Kelihatan kaum sejenis mereka yang dihantar oleh Cikgu telah pon diberikan nombor. Setelah selesai mendaftarkan mereka, Mommy telah disarankan untuk meninggalkan mereka buat seketika dan datang kembali pada waktu petang pada hari kejadian itu. Walaupon hati Mommy berat untuk melangkah, tapi bila mengenangkan kembali Tasik Titiwangsa tuh, cepat-cepat Mommy masuk ke dalam kereta…Cheet~~

Bersambung………….

1 comment:

  1. hehe...cian mommy sesat mesti keje geng gebu yg mendoakan mommy tak jumpa jalan hahaha

    ReplyDelete