Bismillaahirrahmaanirrahiim & Assalamualaikum
Setelah selesai bosan memandang tasik sorang diri, Mommy
berhajat mahu makan tengahari bersama Daddy. Jadi, Mommy pon bergerak ke Bandar
Utama bertemu buah hatinye itu..(Gemot kompem jeles).
Mommy & Daddy datang mengambil anak-anak bulus pada
pukul 5 lebih. Geng Gebu ditaja sepenuhnya oleh STRACH, manakala kakak Siti Puteh
dan abang Sakbu diberi subsidi 50%. Juga, kak Seri telah meminjamkan Mommy 2
sangkar dan 2 carrier selama seminggu. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SEMUA!!!
Beginilah wajah toye+mabuk+high+pening-pening kucing mereka.
Gemotlah yang paling ketara. Sampai langsung tak boleh
angkat muka..
Bila malam menjelma, bermulalah insiden yang tak dijangka.
Girl secara tiba-tiba menjadi ahli akrobatik dengan memusing-menterbalikkan
badannya. Meraung-raung agar dibukakan pintu carrier. Oleh kerana hati Mommy
yang memang cepat kesian, maka Mommy segera membuka pintu carrier walau ditegah
oleh Daddy yang mahukan Mommy ikut nasihat Kak Seri.
Setelah Girl keluar, dia mula muntah-muntah dimerata tempat.
Mommy sangat panik. Maka bersegeralah Mommy tepon Ery Memet. Alhamdulillah,
walau penerangan xberjela-jela, tapi kata-kata semangat beliau membuatkan Mommy
kuat. Masih terngia-ngia ditelinga Mommy akan nasihat beliau, “kita tak berada,
kita buat aje setakat yang kita mampu..jangan risau, semua akan selamat’’, bila
Mommy menanyakan tentang ikan haruan (yang memang susah nak dapat kat bandar
nih, pulak tu mahal). Anak-anak bulus yang lain Alhamdulillah dalam keadaan
terkawal.
Setelah 2 hari memberikan hari memberikan sup ayam (dan makanan
kering), akhirnya 2 jantan gagah perkasa itu sembuh sepenuhnye.
Manakala yang
si ayu pulak, 4 hari selepas itu. Pada awalnya, muncul benjolan diperut Siti,
Girl dan OGie tapi setelah 2 minggu, akhirnya benjolan itu hilang.
Alhamdulillah.
Kakak yang paling diam dan banyak rehat
Sekarang, mereka makin sihat. Tiada lagi kedengaran raungan kakak & abang yang terseksa batin. Semua makin baik, lalu makan, dan makin nakal…. Hati Mommy senang~~~
Bawah ni gambar-gambar mereka selama seminggu, dari tarikh pembedahan.
Syukur, semua berjalan dgn lancar.
ReplyDeletealhamdulillah...semuanya selamat
ReplyDeletekite pon nak sunatkan bebdk nonet yg berempat hekor itu...dah cukup umur dorang tuh
syukur...xkisahlah apa cara kita pun..sbb itu anak2 bulus kita...kita je yg tau keadaan mereka dirumah kita...ikut kemampuan...jika boleh alhamdulillah..anak2 ery wlupun xsemewah mana,..mereka sihat2 dan membesar mcm kucing2 org lain juga...yg pnting kasih syg dan cara kt layan mereka...mereka pun tau kita dok risau bila diorg sakit...
ReplyDeleteHAH!!! ni lah ayat mlm tu yg ery cakap...xtau nk karang camne..hehe...tqvm ery!!
Delete